MySedekah
Dengan pembelian Jam Fitrah ini
dengan harga yang dipersetujui, pihak admin dengan rasa penuh tanggungjawab ingin
menyumbang atau bersedekah sebahagian daripada jumlah ini kepada pihak Islamic
Relief Malaysia. Untuk pengetahuan, Islamic Relief (IR) adalah sebuah Badan
Bukan Kerajaan(NGO) yang ditubuhkan di Birmingham,United Kingdom. Badan ini berfungsi
untuk memberi bantuan kemanusiaan dalam pelbagai bidang termasuk perubatan,
makanan, pembangunan komuniti dan pendidikan di negara-negara yang memerlukan
dan Islamic Relief Malaysia (IRM) secara rasminya ditubuhkan pada tahun 1995 (http://islamic-relief.org.my/).
Melalui pembelian Jam Fitrah ini
secara tidak langsung anda dapat bersama-sama menyumbang atau bersedekah untuk
membantu golongan/komuniti yang kurang bernasib baik di luar sana.Amalan
bersedekah seperti yang diketahui mempunyai banyak fadilat dan ianya sangat
dituntut dalam Agama Islam.
Firman Allah SWT maksudnya :
“Apa-apa yang kamu belanjakan daripada perkara yang baik, memberi sumbangan
harta benda dengan tujuan dan nilai yang baik dimana kebaikan itu akan kembali
kepada diri kamu. Dan apa-apa yang kamu belanjakan kerana mencari keredaan
Allah” (Surah Al-Baqarah: Ayat 272).
Firman Allah SWT lagi maksudnya: “Dan
belanjakanlah (dermakanlah) sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada
kamu sebelum sampai ajal maut seseorang dari kamu, ( kalau tidak ) maka ia (
pada saat itu ) akan merayu dengan berkata : Wahai Tuhanku! Alangkah baiknya jika
Engkau lambatkan kedatangan ajalku sekejap lagi, supaya aku dapat bersedekah
dan dapat pula aku menjadi dari orang yang soleh” (Surah Al-Munafiquun: Ayat 10).
Selain daripada sedekah wajib iaitu zakat harta, zakat fitrah dan sebagainya, umat Islam umumnya digalakkan memberi sedekah sunat sebagai tanda bersyukur dengan segala nikmat yang dikurniakan oleh Allah SWT. Setiap pemberian sedekah akan diberikan ganjaran pahala sekiranya dilakukan dengan ikhlas kerana Allah semata-mata. Bahkan fadhilat atau kelebihan bersedekah adalah meliputi dunia dan akhirat.
Terdapat empat kebaikan utama bersedekah
iaitu :
1. Martabat diri dimuliakan dan
rezeki semakin bertambah
2. Di panjangkan umur dan menolak
bala bencana
3. Mencegah daripada ajal dalam
keadaan buruk
4. Dapat menghapuskan sifat
kedekut,sombong dan takbur

