Gerakan Anti-Clockwise

Lagi Contoh Fenomena Alam Berlandaskan Hukum Gerakan Ke KANAN Untuk Tatapan Anda ...


Gerakan Anti-Clockwise sebenarnya adalah gerakan dalam keadaan pusingan ke kanan yang juga merupakan gerakan arah pusingan tawaf di Kaabah.


Mari saya bawa anda lebih jauh untuk melihat contoh-contoh lagi yang turut mengikut prinsip sama dengan Jam Fitrah di mana ianya lebih mengutamakan arah bahagian kanan:-

ü  Bacaan Al-Quran & tulisan Arab bermula daripada kanan

ü  Sifat lelaki diutamakan berada di kanan

ü  Kita dinasihatkan untuk memulakan apa sahaja yang baik bermula dari kanan

ü  Kanan membawa maksud pengeluaran tenaga untuk dimanfaatkan

ü  Idea dan ilham akan hadir lebih pantas ke bahagian otak kanan anda 

ü  Pergerakan puting beliung amat laju bergerak ke kanan. Ini dapat dikesan oleh sistem radar & inframerah


ü  Bergerak mengikut gerakan ke kanan atau pusingan ke kanan mampu membantu mengimbangkan sistem otak & tulang belakang anda

ü  Medan magnet menghasilkan medan elektromagnetik yang mengerakkan janakuasa sawat seperti keretapi laju (Bullet Train) mengikut Hukum Medan Magnet ke kanan

ü  Solat berjemaah lebih afdhal didahulukan untuk memenuhi saf bahagian kanan terlebih dahulu

ü  Amalan baik kita dicatit oleh malaikat di bahu kanan, manakala amalan buruk di bahu kiri kita

ü  Kita lebih digalakkan mengacau air dalam gerakan arah lawan jam ketika ingin melarutkan campuran lain dalam air. Contoh seperti ketika kita ingin makan madu yang dicampurkan dalam larutan air kosong

ü  Gelombang ombak yang berputar di lautan bergerak dalam gerakan putaran arah kanan (Anti-Clockwise)

ü  Amalan dalam Islam sendiri banyak yang disunatkan memulakan dari anggota sebelah kanan. Contoh seperti langkah kaki kanan dahulu, makan dengan tangan kanan dan sebagainya

ü  Pemain cakera padat yang menggunakan konsep cahaya dan warna sehingga terhasilnya bunyi juga bergerak ke kanan


ü  Dalam Al-Quran sendiri ada menyatakan, golongan yang akan dimasukkan ke Syurga ialah golongan yang dipanggil ‘As-Habul Yamin’ yang bermaksud ‘Golongan Kanan’

Anda boleh lihat sendiri dengan jelas. Pergerakan ke kanan ialah pergerakan alam semulajadi yang merupakan fitrah Sunnatullah yang patut kita turutinya.

Bukan ‘menentangnya’ seperti apa yang anda alami sendiri berlaku pada jam yang biasa kita pakai dan lihat.Ianya mengikut arah Clockwise, bukan Anti-Clockwise!

Jam Fitrah menggunakan konsep ini untuk membantu anda kembali kepada keseimbangan fikiran dan kestabilan peredaran darah dalam tubuh secara semulajadi.

OK, sekarang mari saya dedahkan kepada anda lagi satu PENDEDAHAN EKSKLUSIF yang memang selama ini tidak dihebahkan ...