Apakah kaitan Darah, Ibadah Tawaf & Gerakan Lawan Arah Jam?
Pembongkaran Kaitan Darah, Ibadah Tawaf & Gerakan Lawan Arah Jam Yang Selama Ini Disembunyikan Daripada Anda
Terdapat banyak hubungan rapat diantara sistem peredaran darah anda, ibadah Tawaf serta amalan gerakan anti-clockwise ini.
Tahukah sebenarnya ...
- Sistem peredaran darah dalam tubuh anda beredar mengikut arah lawan jam! Dengan mengelilingi Kaabah ketika ibadah Tawaf dalam gerakan arah lawan jam, kadar peredaran darah anda akan turut meningkat. Ini mampu membuatkan anda lebih bertenaga dan sihat
- Sebab itulah jika anda sedar orang-orang yang berada di Makkah, mereka sentiasa berasa bertenaga, sihat serta panjang umur untuk terus beribadah. Mereka semua sentiasa berlumba-lumba ingin melakukan ibadah dan mencari ganjaran pahala tanpa rasa sedikit pun perasaan penat & letih
- Ramai yang tidak sedar sebenarnya jantung kita bergerak mengikut arah lawan jam. Oleh itu, di kala kita memakai atau menggunakan jam biasa iaitu mengikut arah jam (Clockwise), tubuh kita mengalami sedikit kejutan oleh kerana berlawan arah gerakan semulajadi peredaran darah kita. Maka sebab itulah zaman sekarang ini, zaman yang amat mudah untuk kebanyakan orang terdedah kepada pelbagai jenis penyakit!
- Darah kita bergerak dari jantung yang terletak di bahagian kiri tubuh kita di mana aliran darah akan bergerak ke kanan dan balik semula ke kiri – Inilah yang dikatakan sebagai pergerakan semulajadi, gerakan kembali kepada fitrah asal kejadian kita
- Pergerakan tawaf di Kaabah yang telah berlaku selama berkurun-kurun lamanya telah dikaji secara saintifik dan didapati satu gelombang elektromagnetik yang besar telah terbentuk menuju ke atas langit daripada pusat Kaabah!
- Prinsip ini menyerupai Prinsip Elektromagnetik Tangan Kanan jika anda masih ingat lagi sewaktu kelas pembelajaran Mata Pelajaran Sains dan Fizik di sekolah dulu












